Menziarahi mid.

assalammualaikum kalian. apa khabar? sihat. ceh! bajet macam ramai nak baca post aku ni. 8 december????? nampak tak tanda soalan bebanyak tu? haha okey itu hari aku keluar dengan macha pariapah (shaza), nepal (hanis), kapten kajang (cuna) and si cantik ayuni stewart. seronok gila do semalam.

so, aku naik ktm dengan shaza. mula mula jumpa dia, rasa macam "eh dia ke ni? pehal lain do? suara semakin matang. aduh.. malunya aku." gila tak malu?! dah dua tahun tak jumpa. gila tak rindu?! hahaha. ceh sudah la kau nazuha, jangan nak jadi keling macam shaza tu. *kunyah ikan bandaraya*

biasa la, bila dengan shaza ni memang otak lain sikit. almaklum la, sepanjang tu asyik gelak jela. sampai orang pandang pun lain macam. eh engk0 kesah pe lak? kitorang tiba ktm pukul 9:30 sampai mid pukul 10:30. 1 jam. brrr dahlah tak dapat tempat duduk, kena berdiri. lenguh kakiku ini wooo~~~

kitorang pergi GSC beli tiket. kami menonton breaking dawn. sobs..sobs.. cantik gila kristen stewart oh jadi vampire :") anak dia cantik gila.. jacob hensem do.. edward?! tak!! hahaha. cerita dia osem do. ah nak tengok lagi ah. tiba tiba hanis pun dah sampai mid. hihihihi seronok ah do! masuk la forever 21 then semua tahan nafsu je. gua sejak bila suka berfashion ni?! *kunyah ikan bandaraya lagi* ciss.. ini semua terpengaruh dengan lisa surihani la ni!! ceh. hahaha

"comel sial baju ni" shaza. "ha'ah doh comel gila!!" hanis. "jap cek harga dulu.. pergh tersepit nanti." aku.

mana tak tersepitnya, harga kemain 'murah' lagi. kami semua bawak duit cukup cukup eat je. and happy birthday shaza diyana! i love you! *puih* seronok keluar dengan kau. tapi gua nak cakap sikit pasal kau. boleh tak? ok deyy macha pariapah?

- kita kenal dari darjah 2. aku kenal kau pun dari adina aqilah. masa tu kita mana rapat doh.
- bagi aku, kau adalah perempuan creepy yang susah nak bercakap. o.0 pendiam.
- kau ingat lagi tak time aku panggil kau kat 6 tekun sebab kau tersilap masuk kelas? boo buat malu la kau ni. -00- hahahaha
- makin hari makin rapat pulak kita.
- semakin rapat, jadi kawan.
- dah jadi kawan, jadi kawan baik pula. and now, we're just like sister.
- kita sama otak. suka membuli. bila cikgu ada, kau diam, aku bising. bila cikgu takde, kita membuli si ranok dengan zizwan. waduh, nakal sungguh ya? *cakap macam indon*
- kita pergi terengganu pastu cikgu saiful sikit lagi nak bergaduh dengan aku. dude, aku benci moment tu.
- paling sedih bila.. kau pindah kusain! aku masuk jasmin. SEDIH KAU TAU TAK MACHA?!

hahahaha okey. malas nak type sebenarnya. mata ngantuk doh. happy birthday macha! 8 dec :) & saya sayang awak juga ye hanis amanina si nepal.

"ok weh senyum.. 1 2 3!" lepas tu "babi, flash pulak." "aku rasa semua orang kat mph ni tengok kita do"

huwargh tingginya saya. :") hahaha

DEYY MACHA~

sebenarnya takde kena mengena tapi gua nak upload jugak! weh pehal doh ayong-cute? -_-




keluar pada cuti.

aku tak pernah sangka yang aku dah besar. besar ke? form 3 tu sudah besar ke? erm entah la. wan kata form 1 dah besar cuma aku ni perangai macam bebudak. hahahaha pelbagai perkara bodoh aku buat time form 1. kalau ada masa untuk putarkan, dah lama aku buat. setannya aku. lebih setan lagi bila kawan kawan aku pun sama macam aku, setan jugak. aku dah apahal ni?! nak samakan diri dengan lagenda budak setan kepe?! hahahaha. dari darjah 1 hingga darjah 6, perangai tak pernah berubah sampai ke form 2 ni. erm form 2 ni aku kureng sikit perangai setan tu. errr yeke dah kureng? *tanya kat diri sendiri* entahlah.

tahun depan aku form 3, menduduki pmr. rasa macam tak percaya je! cepat masa berlalu. lagi beberapa bulan je pmr akan tiba. aduh macam mimpi je kot... brrr. hurrrrr, takut seyh! *pacakkan rambut* apa tetiba? hahahahaha.


beberapa hari yang lepas, aku telah berkunjung ke rumah Hanis Amanina merangkup bestfriend aku dari darjah 6. Erm erm agak awkward lah bila masuk rumah dia. Yelah kot, dahlama tak jejak kat rumah dia. Mula mula borak kat luar sebab...tetiba malu aku datang. Ah sudah, dah apahal?! Borak punya borak, Cuna pun datang. Lepas tu dia kata "kau dah pakai tudung?! :O" hanis jawab "dia ikut aku la" aku jawab "errmm...ha'ah. comel kan?! hahahaha *gelak jantan*" mula la si cuna tu buat muka tahi bila aku kata diri ni comel. Hekeleh. Lepas tu gua dah tak rasa awkward dah sebab cuna dgn aku ni sekepala kot. Sama otak. Hanis pun sama tapi dia sudah jadi ustazah pilihan skrg ni.

bila diajak masuk ke rumah tu, gua mula la kata taknak la.. mak kau tak marah ke.. bapak kau ok ke.. adik kau ada ke.. aku malu la.. macam macam soalan aku aju kat dorang. dorang pun kata "rilek ah, kata la kau nak kencing" entah sejak bila aku kata nak kencing! hahahaha. tetiba aku bisik kat hanis "erm kata kat mak kau yang nama aku puteri tau, jangan kata nazuha" "kau ingat mak aku tak kenal muka kau ke?" errrmmm terharu saya bila makcik ingat saya lagi kan..sobss..sobs...

masuk je bilik, kami pun berborak la sampai air liur pun dah takde. bergambar la, apa la, hahahaha rindu kot.. sayangnya amirah si tinggi buloh tu takde tsktsktsk katanya balik kampung. hmm bersilat la kau kat kampung kan. kalau ada dia, macam macam lawak dia buat.

tepat pukul 6, aku minta diri nak balik rumah. yelah takut hujan kot. habis basah baju nanti. pastu mesti wan marah, ibu marah, ah semua marah. ni ada sedikit gambar gambar yang aku tangkap dgn hanis.

SWEET TAK KITORANG?! CAKAP CEPAT! blergh.

ermmm gambar ni takde mengena sebenarnya dgn jalan cerita.. harharhar hai michael!

write.

i never try to impress the queen with my writing
or making the birds sing
or phones ring
i never want to make you cry
or die
or sigh

i just want to write because i have to write
i just want to write about things i knew right
so sorry if the writing is about heart
or blood
or kite

and i never give a damn whether
you like it
or hate it
or yell about it

because i write for what i have to write
and of course i'm going to write
a special book for you to read
not to greet
or spit
just read
and read
till last deed

(Ahadiat Akashah)

Edit by me. :)




                                                                                                                                 Love. x

Lukisan dari @FarhannaShah.

Gua tengah tidur nyenyak. Mimpi? Memang takda la cite dia. Tidur mati weh. Lepas gua bangun, adik gua tinggalkan surat lukisan dia. Aku tengok..... "blablabla love ayong" WHAT?! memang aku marah la. sejak bila pulak kitorang bercinta?! siap ada love lak tu. pastu dia tunjukkan dekat wan. haih mula la aku tak tentu arah. erm tapi sempat gak gua menagkap lukisan adik aku tu sebelum aku bakar hahahaha.

(Gambar 1)

Aku: WHAT IS THIS DIKYANG? Ridiculous you know! *muka tahan marah*
Dikyang: This erm...kahwin. You with blablabla. Nampak tak dia rambut pacak tu? Hensem kan? Siap ada kereta tu! Tengok dia cium kakyong. ada pokok lagi. Sweetnya...
Aku: Sweet palotak ah. Kitorang kawan jela. -_- Kakyong tak suka kamu buat macam ni? Faham tak?
Dikyang: Macam adik taktau yang kakyong suka dia. Mengaku boleh?
Aku: Diam la. *koyakkan kertas*

(Gambar 2)

Dikyang: Well, ini gambar blabla putus cinta dengan kakyong. Muka dia senyum je. Kakyong menangis. Tengok ni, air mata mengalir. Hahahaha
Aku: Apa ni?! Dikyang!!! *kejar satu rumah*
Dikyang: Erm ni nak simpan ke nak buang? Simpan la, entah entah jadi kenyataan.
Aku: Er....wan tengok dikyang ni.
Wan: Ayang sudahlah menyakat kakak kamu tu.
Dikyang: Hahahahaha!!!

Lalu..... aku pun geram. Aku hantar surat kat dia. Ini gambar yang ketiga.

Dia ugut gua nak bagitau wan?!?!?!?!?! Huh okey la gua giveup. Gua angkat semua surat surat merepek tu terus buang. Sakit hati pulak saya tengok. Adik gua sejak dah habis tadika ni, pandai sungguh IQ dia. Mengalahkan budak macam gua ni. Dah pandai lukis lukis mende cemnik. Haih tension aku la.

EGO!

kalau kau boleh baca isi hati aku, kau akan faham situasi aku.

ego kau yang mendadak tu menjadikan kita tak kenal siapa diri kita sebenarnya.

ego kau yang tinggi mendadak.

ego kau yang kau agungkan.

ego kau yang kau puja.

sampai lupa aku kat sini.

ego ego ego.

kau memang jahanam.

kenapa kau datang dalam diri ini dan si dia?

aku benci ego!

tak kan kau masih tak faham siapa aku?

tak kan kau tak kenal sifat aku bagaimana?

tak kan kau bodoh bangang kot?

kau boleh fikir kenapa aku buat macam ni.

tak kan aku nak explain detail kat kau semua?

kau bukan bodoh, kau boleh fikir.

aku tahu.

kenapa kau ego?

weh kawan asal kau ego?

buang sifat ego kau.

mana kawan aku yang dulu?

seorang yang lembut sifatnya,

seorang yang pemaaf,

seorang yang merendah diri,

seorang yang mengalah,

seorang yang tak sombong,

mana hilang sifat itu wahai kawan?

aku memang tak cukup baik.

aku cakap kasar, macam lelaki.

aku tak secantik kawan kau,

aku bukanlah lemah lembut,

aku seorang kedekut,

aku tak da lah pandai mana,

tapi aku tahu kau faham perangai aku.

tapi kenapa kau lain sekarang?

ego pembawa bencana.

buang la sifat tu.

aku masih sayangkan kau.

rindukan kau.

sudahlah, lupakan aku lagi.

bagus.

assalammualaikum.

The ayat ever. Kahkah

"both of you are sharing together!"

"mula mula share kem......."

"share kelas........"

"share meja......."

"share kerusi......."

"share perasaan....."

"lama lama share hati! hahahaha"


SEKOLAH PADA HARI SABTU.

Gua dahlah lambat datang sekolah. Pemalas? Memang. Gua saje je datang sekolah tadi pukul 2petang. Semua tanya kenapa datang lambat bla bla bla eh suka hati aku lah nak datang lambat kepe. Huh......gua pasti yang kelas gua mesti cikgu tak mengajar punya. Huh bosan telah melanda diri ini tsk tsk.

Cikgu suruh gua duduk diam dalam kelas dan lu orang pun tahu kan betapa buasnya gua. Tapi gua diam pulak tadi. Tak banyak cakap. Mungkin gua takda geng kot. Tsk ok sebak lagi sekali. Tengah gua duduk meja gua tiba tiba mamat alien datang pastu letak beg tempat gua. Peh gua rasa macam errrrrrr lu pahal bro. Dia alihkan pencil case gua, beg gua. Then bila gua pandang muka dia, dia buat muka menjengkelkan sampai menyakitkan hati ini dan dia pun kata "wate ma, pergi lah lu" oi chong, kau tahu tak meja tu siapa punya? (: sitan.sitan.sitan. Pastu dia duduk depan gua pulak huh ok ok gua sangat menyampah.

Lepas itu, aku pun masuk kelas bijak sebab ada kelas agama. Tiba tiba ustazah kata..........
"Nazuha, awak ponteng kelas saya semalam?" "Ha'a" "Saya bagi penalti ya" "Ha bagila bagi. Takpe...." Padahal hati tu sedih nak rak. Hahahaha apa lah aku ni.

"Kalau nak pilih suami, pilihlah suami macam Uzair dengan Aiman ni. Rajin pergi sekolah. Takde lah macam lelaki lain, pemalas! Awak semua nak lelaki samseng je." Ustazah Izzatul. Peh peh peh! Ustazah ni dah buta ke.......... Shazlynn pun dah buat muka geli geleman. Ha gua pun.

Ustazah suruh baca buku tentang Ilmuwan Islam dan aku memilih Al-Bahrani sebab dia kacak. Okeylah okeylah tak masuk topik pun. Apabila aku baca tentang dirinya, aku tertarik dengan ayat ini.

"Di saat saat akhir kau diatas tilam ini, adakah kau masih mencari tentang ilmu pengetahuan wahai Al-Bahrani?" 

"Aku takut bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan bodoh." 

Gua suka ayat dia! Sangat. Tsk betapa agungnya beliau.

Aku pun keluar dari kelas itu. Waktu rehat! Rehat dengan shazlynn harini dan...........gua seronok. Masa nak pergi kelas KHB, tetiba aku rasa ada orang ikut aku. Rupanya chong. -_- Dia sembur air kat baju aku ha ha ha memang lu babi.Aku kejar dia, tak dapat. Peh sakit hati. Benci. Ok dah bye.

ZooMelakaYangOsem.

Hari yang bosan. Ye memang pun. Eh jap!!!!!! Semalam gua pergi Zoo Melaka. Adik gua eksaitednya masuk Zoo tu. Gua temankan dia selama 2jam di Zoo. Kulit gua pun dah bertukar ke gelap. Huh dah tak comel. Tsktsk. Adik gua siap berkata macam ni lagi "Adik nak tengok gajah dengan harimau! Kalau takde, nak carik jugak" tetibe gua macam tersentap kat situ. Harimau? Gua dahlah pakai baju Harimau Malaya dengan seluar tracksuit. Sempoi bukan? Yelah pepagi ibu gua dah kejutkan gua nak pergi makan kat Lenggeng. Ingatkan nak pergi broga, rupanya......hm Zoo Melaka ha ibu bawak. Lepas sampai kat Zoo Melaka, aku ajak Wan, Ibu, dorang taknak. K takpe, ayah yang sukarelawan nak temankan kitorang.

Masuk je dalam tu, aku nampak burung kakak tua. Adik aku yang bersemangat lebih. Aku? Still rilek dengan baju seluar sempoi aku ni. Aku pun beli lah Sandwich sardin dengan air f&n. Adik aku pulak beli air milo. Ayah pulak beli air kotak je. Sekali buat pembayaran, rm9 lebih dia charge. Gila! Bapak mahal. Menyesal pulak aku beli air kat situ.

Tetibe ayah pulak hilang dari pandangan. Aku pun dgn adik jalanjalan nampak lah zirafah. Aku tgh sedap makan, tetiba ada orang amek sandwich aku. Sekali aku pandang, bukan orang, tapi monyet. Aku dengan.......ha taknak lah cakap. Tengok adik aku dah lari pergi mana entah. Monyet tu pulak nak air aku huh memang tak ah cite dia. Aku pun blah dari situ. Sandwich aku, kau amek k takpe monyet. Hahahaha. Muka adik aku dah pucat. xD 

Adik : Mana gajah dengan harimau ni?
Aku : Harimau depan mata taknak tengok.
Adik : Kakyong bukan harimau lah.
Aku : Eleh, kat rumah kemain ejek orang harimau lah, tiger lah.
Adik : Saje je. 
 
Kau tengok kau tengok!! Buat baik lak dia. Kat rumah, takhabis habis ejek aku tiger. Hahaha sekali nampak lah harimau bintang. Adik aku sergah harimau tu, harimau tu lek je. Hahahaha tergelak gelak aku tengok dia. Sekali nampak Singa. Singa tu macam tenat. Pastu ada budak kata..........

Budak sekolah : Weh kesian dia weh. Orang tu kata dia sakit sebab tak makan.
Kawan dia : Oh yeke? Kesiannya. Muka penat je.
Budak sekolah : Badan aku ni dah cukup berisi nak bagi dia makan. Apa kata kau campak aku kejap? Boleh lah dia makan badan aku ni.
Kawan dia : Kalau aku campak kau, dengan aku sekali pergi sana. Kau dahlah gemok.
Budak sekolah : Diam ah kau.
Adik & Aku : Hahahahahaha.

Sumpah lawak. Dia nak campakkan badan dia kat Singa tu. Kahkah! Apa lah budak tu. Nasib baik comel. Zoo tu besar sangat sampai aku tak boleh nak berjalan lagi. Adik aku yang muda tu pun dah tak larat. Huhuhu penat. -.-

Ada gambar terpaksa dikaburkan. Gambar adik gua terlalu......erm gua kena terpaksa  kaburkan. Hahahaha!

Selamat hari jadi, kawan baik.

Happy birthday to you Hanis Amanina.
























































Kau adalah musuh aku. Musuh ketat. Dari darjah 4 hingga 6. Kau pindah di SK Bdr Tek Kajang pada 2008. Kau sombong, kerek pulak tu. Aku tak suka orang jenis cam tu. Nanti aku menyampah. Kahkah. Kita bermusuh sampai tak pernah bercakap. Pandang muka pun tak nak. Kau masih ingat kenapa kita bermusuh wahai sahabat? Ingat tak? Tuih! Hahaha.

First....aku pakai beg morgirl. Jap, aku ada dengar macam ada orang gelakkan aku. Gelak sebab pakai beg morgirl? Lek a bro, macam kau tak pernah pulak. Kau dulu pun harihari nak pakai beg sandang ultraman. Hoho. Lalu kau pun menegur kata "beg warna putih? ee kotor. kau dahlah pengotor. dahlah tomboy" aku pun dengan lemah lembut berbicara "kau diam lah perempuan gedik!!!!!!" dari situ, kita saling membenci. Aku taksuka orang kata aku tomboy tau tak. Kahkah.

Naik darjah 6. Kita ponteng perhimpunan. Aku dengan Shaza Diyana tak suka kau. Yes, betul ni. Tibetibe nampak kau ada dekat tempat yang selalu kitorang ponteng. Haih memang menyampahlah cite dia. Nasib baik ada Amelin, takde lah aku menyampah sangat. Pastu tibetibe, kita boleh pulak gelak samasama. Pastu senyum samasama. Lepas sedar, kita buat muka menyampah balik. Haha kenangan we.

Tapi sejak daripada tu, hubungan kita semakin baik. Adakah dinda masih ingat yang kita pergi terengganu tu? Hahaha kita tidur bilik sama kan? Kita siap bergambar lagi masa tu. Tangkap gambar amirah tgh dengkur lah, apa lah. Lepas tu, aku dah selalu pergi rumah kau tengok cerita hantu. Rumah kita pun dekat kan? Sejak daripada situ jugak, aku dah rapat dengan Cuna. Weh, aku masih rindu kisah kita semua.

Lepas itu, mak kau paksa kau masuk asrama. Tapi, kau taknak. Kau siap nangis lagi kat aku. Aku pulak masa tu bajet taknak menangis sebab nak control macho aku. Hati gua? Sedih beb! Kawan aku nak masuk asrama agama tsktsktsk hm.......tapi masa cuti sekolah tu, kita luangkan bersama dengan Cuna, Amirah, Bella, kau dan aku. Seronok tau tak.........

Aku taksangka musuh yang aku benci selama 3tahun dah jadi sahabat aku sampai sekarang. Selamat hari jadi wahai Hanis Amanina. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jangan lupa datang rumah gua k. Rindu kat kau. Dah besar dah kawan aku ni tsktsktsk nanti aku belanja makan kat maggi singgit tu okey bro?


Selamat hari jadi yang ke 14, Hanis Amanina.