keluar pada cuti.

aku tak pernah sangka yang aku dah besar. besar ke? form 3 tu sudah besar ke? erm entah la. wan kata form 1 dah besar cuma aku ni perangai macam bebudak. hahahaha pelbagai perkara bodoh aku buat time form 1. kalau ada masa untuk putarkan, dah lama aku buat. setannya aku. lebih setan lagi bila kawan kawan aku pun sama macam aku, setan jugak. aku dah apahal ni?! nak samakan diri dengan lagenda budak setan kepe?! hahahaha. dari darjah 1 hingga darjah 6, perangai tak pernah berubah sampai ke form 2 ni. erm form 2 ni aku kureng sikit perangai setan tu. errr yeke dah kureng? *tanya kat diri sendiri* entahlah.

tahun depan aku form 3, menduduki pmr. rasa macam tak percaya je! cepat masa berlalu. lagi beberapa bulan je pmr akan tiba. aduh macam mimpi je kot... brrr. hurrrrr, takut seyh! *pacakkan rambut* apa tetiba? hahahahaha.


beberapa hari yang lepas, aku telah berkunjung ke rumah Hanis Amanina merangkup bestfriend aku dari darjah 6. Erm erm agak awkward lah bila masuk rumah dia. Yelah kot, dahlama tak jejak kat rumah dia. Mula mula borak kat luar sebab...tetiba malu aku datang. Ah sudah, dah apahal?! Borak punya borak, Cuna pun datang. Lepas tu dia kata "kau dah pakai tudung?! :O" hanis jawab "dia ikut aku la" aku jawab "errmm...ha'ah. comel kan?! hahahaha *gelak jantan*" mula la si cuna tu buat muka tahi bila aku kata diri ni comel. Hekeleh. Lepas tu gua dah tak rasa awkward dah sebab cuna dgn aku ni sekepala kot. Sama otak. Hanis pun sama tapi dia sudah jadi ustazah pilihan skrg ni.

bila diajak masuk ke rumah tu, gua mula la kata taknak la.. mak kau tak marah ke.. bapak kau ok ke.. adik kau ada ke.. aku malu la.. macam macam soalan aku aju kat dorang. dorang pun kata "rilek ah, kata la kau nak kencing" entah sejak bila aku kata nak kencing! hahahaha. tetiba aku bisik kat hanis "erm kata kat mak kau yang nama aku puteri tau, jangan kata nazuha" "kau ingat mak aku tak kenal muka kau ke?" errrmmm terharu saya bila makcik ingat saya lagi kan..sobss..sobs...

masuk je bilik, kami pun berborak la sampai air liur pun dah takde. bergambar la, apa la, hahahaha rindu kot.. sayangnya amirah si tinggi buloh tu takde tsktsktsk katanya balik kampung. hmm bersilat la kau kat kampung kan. kalau ada dia, macam macam lawak dia buat.

tepat pukul 6, aku minta diri nak balik rumah. yelah takut hujan kot. habis basah baju nanti. pastu mesti wan marah, ibu marah, ah semua marah. ni ada sedikit gambar gambar yang aku tangkap dgn hanis.

SWEET TAK KITORANG?! CAKAP CEPAT! blergh.

ermmm gambar ni takde mengena sebenarnya dgn jalan cerita.. harharhar hai michael!