Brengset.

"Perempuan ni manis dimulut je. Sebab tu aku tak percaya sangat. Kepercayaan aku dekat perempuan 30% je. Perempuan semua sama je." -kata kata si brengset lagi tak guna.

Serious aku tak faham kenapa lelaki kata sebegini. Salah perempuan kah? Kenapa mahu menunding jari ke perempuan je? Salah korang taknak tengok pulak? Nak kata perempuan hanya manis dimulut? Jap....korang? Tak manis pulak? Ish gua marah betul tahap gunung kinabalu tau tak. Oh atau mungkin lebih tinggi. 

"Eleh dia tu, nak kata perempuan hanya manis dimulut pulak. Yang dia tu buat janji palsu dekat aku yang dia kata 'i takkan mencintai wanita lain selain you.' ha itu apa? Eeee geram aku." -kata kata si gadis itu.

You know, I sebagai perempuan bila dengar si brengset kata sebegitu, panas hati I. Dia kata semua perempuan sama? So mak you pun sama lah? Aku dah kenapa nak i-you ni. Aku kesian tengok si gadis tu. Gadis tu ye ye percaya kata brengset tu dan brengset tak guna tu memberi janji janji palsu dekat dia dan tinggalkan gadis tu demi gadis lain. Pastu nak kata perempuan hanya manis dimulut?! Adakah brengset itu sedang bergurau? Huh dasar goblok. Aku tak kesah lah kepercayaan kau dekat perempuan 30% je tapi aku janganlah kata awek kau begitu kot. Kau seolah olah bergembira diatas penderitaan dia. 

Adakah gua macam marah?? Lantak. Ayat si brengset tu selalu bermain difikiran aku. 

P/s: Kpd sweet talker diluar sana, godai fast fast okey?