Kami pun memperagakan kasutkasut yang dibawakan oleh Nik. Menggoda bukan kasut collection Nik? Dahtu order cepat!! Hahahaha tibe. Gua sebenarnya agak jeles dengan kasut Aina yang begitu vogue tu. Tapi gua eksyen eksyen buat macam tak jeles. Jiyyah yg paling jeles hahaha gua nak kasut Aina boleh tak Nik? :"( Tapi gua rasa.......kasut flat gua lagi comel hehehehe.
So kami pun balik ke destinasi masing masing. Nik & the gang balik ke Ibnu Omar dan aku balik ke kelas Cekal. Bila masuk tu, ternampak unta unta yang selalu buat aku sakit hati. Lagi lagi Chong, fuh memang mencabar tahap kesabaran aku dibulan puasa ni tau. Rasa nak sumbat je meja dengan kerusi dekat mulut dia yang suka menyakitkan hati aku. Takpe, aku masih boleh rilek.
Time belajar dibilik Sains, aku tengok Chong begitu serious ketika cikgu tengah mengajar. Wow, ini macam osem *cakap dalam hati* dan gua terus mengacau dia buat kerja hihihihi 2x5 je aku ni kankankan? Ha lantak! Aku kesah apa. Pembalasan harus dibalas. Chong dengan muka polaknya kata dekat aku "Nazuha wate!!!!" Maaf chong, aku buat pekak apa yang kau cakap. :P
Lepas tu, kitorang pun balik ke kelas. Belajar math. Time tu aku betulbetulbetul serious. Muka serious aku boleh katakan lebih serious dari LCW ketika bermain badminton, dari cikgu Azah yang tengah marah atau mungkin muka cikgu Aziz yang serious apabila mengejar budak yang ponteng. Woi!! Muka gua serious tau pada masa itu. Dah elok elok serious tu, Chong unta atau lebih dikenali penjenayah yang di wanted oleh polis iaitu aku telah mengacau aku ketika aku tgh serious dalam bab Circle. Pehh sakit betul hati ni we. Pastu mengejek ejek aku pulak. Gua hanya buat bodoh dengan dia.
Aku: Kau pikir kau hensem ke dengan kau mengacau aku tiap saat sejak kau pindah sekolah sini? Tolong ah we.
Chong: Mesti maaa, ini hensem punya muka. Kenapa? Lu suka sama saya? *muka macho*
Aku: Hensem? HAHAHAHAHA muntah. Kau dahlah sakai unta.
Chong: Diamlah lu wate.
Huuuuu tengok tengok tengok!! Sakit hati gua tau. Rasa nak tumbuktumbuk dada dia pastu bagi dia pengsan pastu dia terjatuh dekat lantai pastu nak sumbat dalam mulut dia kertas kosong pastu aku berdiri atas meja dan gelak macam "oh like a big boss" huh! Hebatnya ilusi aku ni. Dah habis bertekak dengan Chong, aku pun nyanyi lagu raya. Hihihihi. Takleh blah semua orang pandang gua. Lek ah do, raya is coming bebeh!!!
"Selamat hari lebaran.... Oh oh oh balik kampung, hari riang......." "Nazuha, kalau kau nak nyanyi lagu raya kau boleh keluar dari kelas aku ni. Dalam kelas aku belajar, bukan nak balik kampung pe semua." "Alah cikgu, saya eksaited ni hahaha!" "Suara dahlah taksedap!" -Chong. "Celakakanlah si sakai unta ini~~~"
15minit kemudian.
"Selamat hari raya, hari untuk kita bersuka ria. Setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini. Selamat hari rayaaaa!!" "Sarah, tulis nama Nazuha sebab buat bising. Sekarang!" "Sorry ye Nazuha, aku terpaksa tulis." "Hahahaha tulis lah. Takkesah. Memang salah aku pun."
Lu boleh nampak tak betapa eksaitednya gua bila raya akan tiba beberapa hari je lagi? Sampai gua kena penalti tau sebab nyanyi dekat kelas walaupun duduk belakang hahaha kuat betul suara gua. Papahal, harini seronok sebab kasut!!! Hahaha tibe. Yang tak seronoknya ada sakai unta yang telah menyakitkan hati aku. So, selamat hari raya :D jangan lupa bagi kad raya dengan gua dan selitselitkanlah duit dalam tu hahahaha.
![]() |
KASUT YANG GUA ORDER DEKAT NIK SYAHMI. EH SALAH SALAH, NIK NUR AISYAH. MAAFKAN BETA MAAF MAAF. |