Selamat tinggal Anis Adibah Izwani.

Masihkah kau ingat pertama kali kita ketemu? Di padang sekolah. Ketika aku dengan kau masuk latihan bola jaring. Hmm aku ingat berita ini hanyalah parody, rupanya betul. Kau akan berpindah ke MRSM parit. Walaupun kita baru kenal, tapi macam dah kenal lama bukan? Aku sayang kau dan aku pasti, aku taknak lepaskan kau. Bak kata Teha, untuk kebaikan kau juga. Oh betul, demi masa depan kau. Aku turut gembira kau dapat mrsm disana tapi kesedihan yang telah menguasai diri ini. Kau lah gay pertama yang pernah jadi kekasih songsang aku. Kita jadi rapat time sukan hari tu bukan? Hmm aku rindu moment kita.

Gambar kenangan.

Pertama kali kita jadi rapat pada waktu itu, aku selesa berkawan dengan kau. Dari situ, aku kenal Ummi dan Afiqah. Ku pikirkan kau ni sombong tenenene. Kau ni kelakar, baik, suka buat muka annoying dan kau kekasih gay yang osem. Erm gay tak? :D hahahahaha. Aku tahu kau nak pindah ni pun, dari Ummi ditwitter. Masa tu, aku ingat tipu. Hmm aku jumpa Ummi dekat perhimpunan, dia menangis. Aku pun.........ya Allah. Ini betul. Time nak rehat, aku ternampak Ummi. Dia tetiba peluk aku sambil nangis. Aku pelik. Apahal ni? Sekali aku tanya, mana Anis? Then dia bawak aku ke atas. Aku nampak semua bebudak menangis. Dan kau.....peluk aku. Aku sebak. Air mata terpaksa ku tahan. Maaf, aku kalah dengan air mata aku. Air mata aku laju sambil erat memeluk kau. Aku sayang kau Anis!

Selepas itu, aku balik ke kelas. Aku jadi tidak fokus dalam kelas. Cikgu suruh kutip sampah, aku buat tak tahu sampai cikgu kata "bawak balik sampah ni, makan" aku sentap, nis. Tumbuk cikgu tu we. Geram pulak aku dibuatnya. Then sedang melayan perasaan ini, kawan aku kata "weh, itu anis" aku diam. Ingatkan tipu. Sekali aku pandang, nampak kau di kelas 2 Amanah. Aku usha je kau, dan kau melemparkan senyuman tenang. Hmm aku sebak sekali lagi. Aku ajak Seri pergi surau. Seri pun sedih. Ummi? Aku kesian tengok dia. Aku ternampak kau tengah bawak buku teks ke pondok. Kita pun melayan perasaan dekat pondok. Kau siap pesan dekat aku "sudahlah nazuha, jangan menangis. nanti aku balik, kita jumpa la. aku janji aku call kau." Serious ini membuat aku sebak.

Akan rindu pelukkan ini.
Ini pelukkan yang kau beri padaku. Senyuman kau, gelak kau, nangis kau, muka annoying kau, lakonan gay kau, muka jeles kau, kasih sayang kau pada anak kita si pe'ah dan perangai kita yang suka merapu. Aku rinduuuuuuuuuuu. Aku ingat lagi time latihan sukan, kau kata "nazuha, jangan lari laju. kita semua lari awan nano. pegang tangan sesama ye" hmm, awan nano? RINDU AYAT TU. Time tu aku dah tergelak gelak dengan kau. Serius, kau betul betul bagi aku kenangan manis. Then kita pegang tangan dengan ummi, afiqah then lari sama sama. Adakah kau masih ingat lagi, Anis? Dari situ, aku luahkan yang aku suka Anushirwan. Kau pun meminati Aziz. Kita mempunyai taste agak teruk.

Then masa hari sukan, kau still ingat kita naik salah bas? Naik bas rumah sukan merah? Kau ingat tak?! Ha okey bagus ingat. Dan kita selamber je masuk walaupun kena halau. Kau duduk disebelah fauzan dan tak jadi sebab cikgu suruh keluar tenenene sian. Kau tahu, aku taknak lepaskan kau pergi. Aku nak aje hangkut kau balik. Apakan daya, kita dah bercerai. tsktsktsk :"( aku harap bila kau dekat sana, jangan lah lupa dekat aku ni. Ingat, aku ni senior awesome kau dan kau ialah junior awesome aku. Ingat ayat ni, gay forever <3 huahuahua. Oh lupa......kau dah baca surat yang aku bagi tadi? Harap kau simpan walaupun surat tu hanya kupetik dari buku math. Simpan lah surat tu sebagai kenangan aku dengan kau. Tak dapat nak puasa bersama sama. Hmm.........

Sekeping nota untuk anis.
Kata kata Prof Anis.

"Kau nak pergi ke Anis?"

"Aku kena pergi, demi masa depan aku. Kebaikan aku jugak."

"Dahtu? Siapa nak jadi gay aku? Anak kita, Pe'ah macam mana?"

"Ummi kan ada. Pe'ah? Ahhh biarkan dia hahahaha"

"Nanti siapa nak buat muka dengan aku? Siapa nak jadi gay aku? Siapa nak lari sama sama time sukan? Siapa nak gelak sama sama dengan aku? Hmmmmmmm"

"Sudah nazuha, jadikan ini kenangan........"

"Jaga diri weh, jangan lupa aku. Kau lah junior awesome. Belajar rajin rajin. Nanti dah balik dari asrama, call aku. Rindu aku. Jumpa aku."

"Kau pun senior yang awesome. Terima kasih. Ye, aku akan call kau. Janji. Alaaa nanti kita jumpa ye?"

"Hmmmm"

Akanku semat ayat kau. Jadikan ini kenangan, ye kenangan. Kenangan manis. Aku seronok dan gembira dengan kenangan yang kita bina. Thankyou to Allah because kenalkan aku dengan kawan yang osem. :")

Dokter Gay.

Jangan lupa kami disini. Aku akan rindu kau. Hmmm nota ini tiada best seperti nota theotherkhairul, tapi ini adalah luahan hati aku pada kau. Rindu akan air mata kita :") Assalammualaikum Anis, jaga diri. Bye.

Much love from your gay,

NAZUHA.